Kemas kini terakhir: 7 Oktober 2026 · Berkuat kuasa untuk bobdyno.my
Ringkasnya: Kami tidak minta nama, emel, atau nombor telefon. Jawapan quiz kamu dihantar sekali sahaja untuk ditulis bacaannya, kemudian ia tidak disimpan di mana-mana pangkalan data. Bacaan itu wujud dalam telefon kamu sahaja.
Laman ini dikendalikan oleh pemilik bobdyno.my. Untuk sebarang pertanyaan atau permintaan berkaitan data peribadi, hubungi: bobdyno@dynopos.my
| Data | Kenapa |
|---|---|
| Julat umur | Nasihat untuk umur 24 dan umur 55 tidak sama |
| Keadaan kewangan, kerja, rumah tangga, keluarga | Untuk mengenal pasti bahagian hidup yang paling perlu dibantu dahulu |
| Kesihatan fizikal, tidur, keadaan fikiran | Sama seperti di atas. Ini data peribadi sensitif di bawah Akta 709 |
| Amalan solat / keadaan rohani | Untuk menentukan sama ada nasihat rohani sesuai atau tidak. Ini juga data sensitif |
| Jawapan tentang rasa mahu menyakiti diri | Untuk memaparkan talian bantuan, dan untuk melembutkan nada bacaan |
| Ayat bebas yang kamu taip sendiri (jika ada) | Supaya bacaan menjawab apa yang kamu sendiri mahu |
| Dalam app: Catatan Sunyi, aktiviti Kaizen, refleksi, dan ilham | Catatan Sunyi dihantar bila kamu mencatatnya, supaya ia dilabel dan diberi pantulan. Satu ilham dihantar bila kamu menekan "Minta pendapat AI" untuknya. Data hari itu — termasuk ilham — dihantar bila report malam dijana, supaya coach boleh menulisnya |
| Kiraan penggunaan tanpa nama | Kami mengira bilangan kali sesuatu berlaku — contohnya "seorang membuka quiz" atau "seorang mencatat kebaikan". Yang disimpan hanya tarikh dan jenis peristiwa. Tiada alamat IP, tiada pengenalan, tiada teks catatan, tiada jawapan quiz. Ia tidak boleh dikaitkan dengan sesiapa, termasuk oleh kami |
| Alamat IP | Semata-mata untuk mengehadkan penyalahgunaan (20 permintaan sehari). Tidak dikaitkan dengan jawapan kamu |
Kami tidak mengumpul nama, emel, nombor telefon, nombor kad pengenalan, lokasi, atau apa-apa yang boleh mengenal pasti kamu secara langsung.
Ini bahagian yang kamu berhak tahu dengan jelas:
| Pihak | Peranan | Negara |
|---|---|---|
| Netlify | Hos laman dan fungsi pelayan | Amerika Syarikat |
| OpenAI | Menulis bacaan quiz, melabel Catatan Sunyi, memberi pendapat tentang ilham bila diminta, dan menulis report malam dalam app | Amerika Syarikat |
Ini bermakna jawapan kamu keluar dari Malaysia. Itulah sebabnya kami minta persetujuan kamu sebelum menghantar. Jika kamu tidak bersetuju, jangan tandakan kotak itu — kamu masih boleh membaca laman ini tanpa menjawab quiz.
Jawapan quiz: tidak disimpan. Ia diproses dalam ingatan pelayan, dihantar untuk ditulis bacaannya, dan dilupakan sebaik permintaan itu selesai. Tiada pangkalan data.
Bacaan kamu: wujud dalam pelayar telefon kamu sahaja. Padam sejarah pelayar, ia hilang.
Alamat IP: satu pengiraan ringkas dalam ingatan pelayan, dikosongkan setiap hari.
Data dalam app Bob: catatan harian, aktiviti, refleksi dan ilham kamu disimpan di dalam telefon kamu sendiri (localStorage). Ia keluar dari telefon pada tiga ketika sahaja: bila kamu mencatat Catatan Sunyi (teks catatan itu, untuk dilabel), bila kamu menekan "Minta pendapat AI" untuk satu ilham (teks ilham itu), dan bila report malam dijana (data hari itu, termasuk ilham). Ketiga-tiganya dihantar melalui pelayan kami kepada OpenAI untuk diproses, dan tidak disimpan dalam mana-mana pangkalan data kami.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 memberi kamu hak untuk mengakses, membetulkan, menarik balik persetujuan, dan menghalang pemprosesan data peribadi kamu.
Kerana kami tidak menyimpan jawapan kamu dan tidak tahu siapa kamu, kami tidak dapat mencari semula data kamu untuk dipaparkan atau dipadam — ia sudah pun tiada. Untuk menarik balik persetujuan, berhenti menggunakan quiz ini; tiada apa yang tinggal untuk ditarik balik.
Jika kamu ada pertanyaan atau aduan, hubungi kami di alamat di atas. Kamu juga berhak membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi di pdp.gov.my.
Tahap kamu (Singa, Buaya, Kucing Hutan, Semut) dikira oleh peraturan tetap, dan bacaan kamu ditulis oleh AI. Tiada manusia membacanya. Ini bermakna keputusan itu boleh tersilap.
Quiz ini bukan diagnosis, bukan rawatan, dan bukan pengganti doktor, ahli psikologi, atau kaunselor. Jika kamu sedang bergelut, sila hubungi orang yang terlatih:
Befrienders KL 03-7627 2929 (24 jam) · Talian HEAL 15555 · MIASA 1-800-18-0066 · Talian Kasih 15999
Jika kamu rasa tidak selamat sekarang, pergi ke jabatan kecemasan hospital terdekat.
Jika notis ini berubah, tarikh di atas akan dikemas kini. Teruskan menyemak halaman ini.
← Kembali ke quiz